TAKLIMAT PZB DAERAH RANAU


Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) telah mengadakan taklimat ke sekolah dan hospital daerah Ranau yang berlangsung selama seminggu dari 2 hingga 6 April 2018. Taklimat ini adalah khususnya memberi pendedahan kepada para guru dan kakitangan kerajaan yang beragama Islam tentang kewajipan berzakat serta membuat taksiran gaji terutama yang ada pergerakan gaji.

Terima kasih kepada SMK Lohan, SK Lohan, Sk Pekan Ranau, SMK Ranau, Sk Kilimu, SMK Bundu Tuhan, SMK Mat Salleh dan Hospital Ranau kerana menerima kedatangan Bahagian Zakat & Fitrah(MUIS).