MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT RHB



7 Ogos 2018: Penyerahan Zakat Perniagaan RHB Islamic Bank Berhad bagi tahun 2017 berjumlah RM200,000.00 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Pejabat YAB Ketua Menteri Sabah.

Majlis Penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan RHB, YBhg Dato’ Khairussaleh Ramli kepada Yang di-Pertua MUIS, Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Hj Mohd Taha dan disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Afdal dan Pengerusi Kumpulan RHB Banking, YBhg Tan Sri Azlan Zainol.