Zakat Fitrah


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.


DALIL PENSYARIATAN ZAKAT FITRAH

صَدَقَةُ الْفِطْرِ صَاعُ تَمْرٍ أَوْ صَاعَ شَعِيْرٍ عَنْ كُلِّ رَأْسٍ صَغِيْرٍ أَوْ كَبِيْرٍ، حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، غَنِيٍّ أَوْ فَقِيْرٍ، أَمَّا غَنِيُّكُمْ فَيُزَكِّيْهِ اللهُ، وَأَمَّا فَقِيْرُكُمْ فَيُرَدُّ اللهُ أَكْثَرَ مِمَّا أَعْطَى

Maksudnya:

“Zakat fitrah itu segantang kurma atau segantang sya’er (gandum) dari tiap-tiap orang kecil atau besar, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin. Adapun orang yang kaya, maka Allah akan sucikannya, sedangkan orang fakir Allah akan mengembalikan kepadanya lebih banyak dari yang ia berikan”

(HR Abu Daud)


SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Setiap orang beragama Islam di Negeri Sabah diwajibkan membayar zakat fitrah kepada wakil amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Sabah sejajar dengan Syeksyen (54) dan Syeksyen (55) dalam Enakmen No.6 Tahun 1993, setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

    i. Mempunyai sesuatu (makanan/harta/wang) yang lebih daripada keperluannya dan orang-orang yang wajib disarainya untuk satu hari dan satu malam (aidilfitri).
    ii. Masih hidup di kala matahari terbenam akhir bulan Ramadan atau seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan.
    iii. Anak lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
    iv. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

ASAS PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Pembayaran zakat fitrah adalah berdasarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudry


إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ شَعِيْرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ.

Maksudnya:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang Baghdad kurma atau sya’er (gandum) ke atas tiap orang merdeka atau hamba, laki-laki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam.”

(HR Muslim)


ASAS PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kadar bayaran zakat fitrah ialah satu Gantang Baghdad bersamaan 2 kilo dan 700 gram (2.700 kilogram). Ianya boleh dibayar dengan wang mengikut harga semasa yang telah di tetapkan oleh pihak berkuasa seperti Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).


WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

Waktu-waktu tersebut adalah berikut:

1. Waktu Harus
2. Waktu Wajib
3. Waktu Sunat
4. Waktu Makruh
5. Waktu Haram
Bermula dan sepanjang bulan Ramadan.
Selepas masuk matahari akhir bulan Ramadan.
Selepas terbit fajar dan sebelum solat aidilfitri.
Setelah selesai solat aidilfitri.
Setelah terbenam matahari hari raya pertama.


Zakat Penggajian


PENGERTIAN ZAKAT PENGGAJIAN

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussien Shahatah , zakat penggajian di istilahkan sebagai zakat mal mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional.

Hasil penggajian yang dikenakan zakat adalah :
1. Gaji
2. Imbuhan tetapi
3. Elaun tetap
4. Bonus
5. Tuntutan kerja lebih masa
6. Gratuiti
7. Pampasan
8. Pencen
9. Gantian cuti rehat
10. Intensif
11. ESOS (skim pilihan saham pekerja)


Pendapatan yang tidak perlu diambil kira pengiraan zakat: Tuntutan keluar daerah,lojing, tuntutan keluar negara, tuntutan keraian, tuntutan perbatuan, dan tuntutan-tuntutan lain.

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”

(QS al-Baqarah (02) : 267)


Atsar Umar bin Khattab r.a

عَنْ أَبِي عَمْرِو بْنِ حِمَاسٍ عَنْ أَبِيْهِ قال : مَرَّ بِيْ عُمَرُ فَقَالَ يا حِمَاس أدِّ زَكَاةَ مَالِكَ فَقُلْتُ : مَالِيْ مَالٌ إِلاَّ جِعَابٌ وَ أُدُم ! فَقَالَ : قَوِّمْهَا قِيْمَةً ثُمَّ أدِّ زَكَاتَهَا

Maksudnya:

“Dari Abi ‘Amr bin Himas dari bapaknya: “Pada suatu hari Umar melewatiku, lalu berkata: “Hai Himas tunaikan zakat hartamu!”. Aku menjawab: “Aku tidak punya harta kecuali kulit dan tempat panah”. Umar berkata: “Taksirlah nilainya lalu tunaikanlah zakat!”

(HR Syafi’I, 1/236, Daruqutni no. 213, dan Baihaqi4/147)



Manakalan Fatwa Negeri Sabah Mengenai Kewajipan Zakat Pendapatan / Gaji

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Perundingan Hukum Syarak Negeri Sabah pada 26 Ogos 1998 mewajibkan Zakat Pendapatan Gaji ke atas sekalian umat Islam di negeri Sabah, samada dipungut melalui potongan gaji setiap bulan sekali atau setiap setahun sekali mengikut pilihan masing-masing (dengan kadar nisab emas = 85 gram).



SYARAT WAJIB

Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

2. Merdeka
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Pemilikan Sempurna
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa mengawal harta atau wang yang dimiliki.

4. Pendapatan / Hasil yang Halal
Pendapatan dari sumber yang halal. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang dari sumber yang haram seperti riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatannya yang dizakatkan.

5. Cukup Nisab
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Apabila pendapatan bersamaan atau melebihi nilai semasa 85gm emas maka pendapatan tersebut dikenakan zakat.

6. Haul
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari / 366 hari (tahun lompat).



KADAR ZAKAT PENGGAJIAN

Kadar zakat penggajian adalah 2.577% kerana mengambilkira pendapatan penggajian yang diterima berdasarkan tahun masihi. Sekiranya pendapatan penggajian diterima berdasarkan tahun hijrah maka kadar zakatnya adalah 2.5%.



KAEDAH PENGIRAAN

Terdapat 2 kaedah dalam pengiraan Zakat Penggajian iaitu ;

1. Kaedah 1 (Tanpa Tolakan)
Kaedah ini mengambilkira jumlah keseluruhan pendapatan penggajian setahun dan didarabkan terus dengan kadar zakat (2.% atau 2.577%) tanpa mengambilkira sebarang tolakan.

2. Kaedah 2 (Dengan Tolakan Perbelanjaan)
Kaedah ini mengambilkira jumlah keseluruhan pendapatan penggajian setahun dan ditolak dengan perbelanjaan yang dibenarkan oleh syarak seperti individu, isteri, anak, pemberian kepada ibubapa, caruman KWSP dan simpanan Tabung Haji sebelum didarabkan dengan kadar zakat (2.% atau 2.577%).



CONTOH PENGIRAAN

1. Kaedah 1

A Penggajian kasar (setahun)
1
2
3
4
Gaji Pokok (RM 4,000 x 12)
Elaun (RM 200 x 12)
Imbuhan (RM 300 x 12)
Bonus
Jumlah Penggajian Tahunan
36,000.00
2,400.00
3,600.00
1,500.00
43,500.00
B Jumlah Zakat Penggajian (Tahunan)
1
2
(A x 2.5%)
(A x 2.577%)
1,087.50
1,120.99
C Jumlah Zakat Penggajian (Bulanan) [Skim PZB]
1
2
(B / 12 bulan)
(B / 12 bulan)
90.63
93.42

2. Kaedah 2

A Penggajian kasar (setahun)
1
2
3
4
Gaji Pokok (RM 3,500 x 12)
Elaun (RM 200 x 12)
Imbuhan (RM 300 x 12)
Bonus
Jumlah Penggajian Tahunan
42,000.00
2,400.00
3,600.00
1,500.00
49,500.00
B Tolak
1
2
3
4
5
6
Individu
Isteri (RM 4,000.00 setiap seorang isteri) [1 orang]
Anak (RM2,000.00 setiap seorang anak) [3 orang]
Pemberian kepada ibu/bapa
Caruman KWSP (11%)
Simpanan Tabung Haji
Jumlah Tolakan
9,000.00
4,000.00
6,000.00
2,000.00
0.00
5,000.00
26,000.00
C Pendapatan bersih layak zakat (A-B) 23,500.00
D Jumlah Zakat Penggajian (Tahunan)
1
2
(C x 2.5%)
(C x 2.577%)
587.50
605.60
E Jumlah Zakat Penggajian (Bulanan) [Skim PZB]
1
2
(D / 12 bulan)
(D / 12 bulan)
48.96
50.47


KALKULATOR ZAKAT PENGGAJIAN




Zakat Pendapatan


PENGERTIAN ZAKAT PENDAPATAN

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussien Shahatah, zakat pendapatan di istilahkan sebagai zakat al-mal al-mustafad iaitu zakat yang bersumberkan pendapatan professional.


Pendapatan atau hasil kerja bebas (mal mustafad) adalah adalah seperti ;

1. Bayaran perkhidmatan konsultansi professional seperti peguam, doktor, arkitek, kejuruteraan dan sebagainya

2. Bayaran atau keuntungan projek yang diterima oleh kontraktor.

3. Komisyen dan residual income seperti jualan insurans, takaful, unit trust dan brokeraj.

4. Royalti atau komisen hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.


Harta yang menghasilkan pendapatan atau hasil (mal mustaghalat) adalah seperti;

1. Hasil sewaan aset seperti bangunan, premis, peralatan, kenderaan, tanah dan sebagainya.

2. Hasil produk ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya



DALIL PENSYARIATAN

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 267 :

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”

(QS al-Baqarah (02) : 267)


Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Mukminun ayat 1-4 ;

Maksudnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).”

(QS al-Mukminun (23) : 1-4)


Atsar Umar bin Khattab r.a

عَنْ أَبِي عَمْرِو بْنِ حِمَاسٍ عَنْ أَبِيْهِ قال : مَرَّ بِيْ عُمَرُ فَقَالَ يا حِمَاس أدِّ زَكَاةَ مَالِكَ فَقُلْتُ : مَالِيْ مَالٌ إِلاَّ جِعَابٌ وَ أُدُم ! فَقَالَ : قَوِّمْهَا قِيْمَةً ثُمَّ أدِّ زَكَاتَهَا

Maksudnya:

“Dari Abi ‘Amr bin Himas dari bapaknya: “Pada suatu hari Umar melewatiku, lalu berkata: “Hai Himas tunaikan zakat hartamu!”. Aku menjawab: “Aku tidak punya harta kecuali kulit dan tempat panah”. Umar berkata: “Taksirlah nilainya lalu tunaikanlah zakat!”

(HR Syafi’I, 1/236, Daruqutni no. 213, dan Baihaqi4/147)



Manakalan Fatwa Negeri Sabah Mengenai Kewajipan Zakat Pendapatan / Gaji

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Perundingan Hukum Syarak Negeri Sabah pada 26 Ogos 1998 mewajibkan Zakat Pendapatan Gaji ke atas sekalian umat Islam di negeri Sabah, samada dipungut melalui potongan gaji setiap bulan sekali atau setiap setahun sekali mengikut pilihan masing-masing (dengan kadar nisab emas = 85 gram).



SYARAT WAJIB

Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

2. Merdeka
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Pemilikan Sempurna
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa mengawal harta atau wang yang dimiliki.

4. Pendapatan / Hasil yang Halal
Pendapatan dari sumber yang halal. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang dari sumber yang haram seperti riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatannya yang dizakatkan.

5. Cukup Nisab
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Apabila pendapatan bersamaan atau melebihi nilai semasa 85gm emas maka pendapatan tersebut dikenakan zakat.

6. Haul
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari / 366 hari (tahun lompat).

7. Harta yang Produktif (al-Nama’)
Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang boleh berkembang atau berpotensi untuk berkembang, iaitu berupaya untuk menjanakan pendapatan dan keuntungan.



KADAR ZAKAT

Kadar zakat pendapatan ditentukan mengikut tempoh haul atau pemilikan ;
1. Tahun Masihi   2.577%
2. Tahun Hijrah  2.5%



KAEDAH PENGIRAAN

Terdapat 3 kaedah pengiraan bagi menunaikan zakat pendapatan ;

1. Kaedah 1 (Tanpa Tolakan)
Kaedah ini mengambilkira jumlah keseluruhan pendapatan penggajian setahun dan didarabkan terus dengan kadar zakat (2.% atau 2.577%) tanpa mengambilkira sebarang tolakan.

2. 2. Kaedah 2 (Dengan Tolakan Kos)
Kaedah ini mengambilkira jumlah keseluruhan pendapatan setahun dan ditolak terlebih dahulu dengan kos-kos yang berkiatan dengan pekerjaan sebelum didarabkan dengan kadar zakat (2.% atau 2.577%).

3. Kaedah 3 (Dengan Tolakan Perbelanjaan)
Kaedah ini mengambilkira jumlah keseluruhan pendapatan penggajian setahun dan ditolak dengan perbelanjaan yang dibenarkan oleh syarak seperti individu, isteri, anak, pemberian kepada ibubapa, caruman KWSP dan simpanan Tabung Haji sebelum didarabkan dengan kadar zakat (2.% atau 2.577%).



CONTOH PENGIRAAN

1. Kaedah 1

A Pendapatan kasar (setahun) 200,000.00
B Jumlah Zakat Pendapatan
(A x 2.5%)
(A x 2.577%)
5,000.00
5,154.00

2. Kaedah 2

A Pendapatan kasar (setahun) 200,000.00
B Tolak (Kos)
1
2
Kos sewa dan sebagainya
Kos utiliti dan sebagainya
Jumlah Tolakan (B1 + B2)
5,000.00
5,000.00
10,000.00
C Pendapatan bersih layak zakat (A-B) 190,000.00
D Jumlah Zakat Pendapatan
1
2
(C x 2.5%)
(C x 2.577%)
4,750.00
4,896.30

3. Kaedah 3

A Pendapatan kasar (setahun) 200,000.00
B Tolak
1
2
3
4
5
6
Individu
Isteri (RM 4,000.00 setiap seorang isteri) [1 orang]
Anak (RM2,000.00 setiap seorang anak) [3 orang]
Pemberian kepada ibu/bapa
Caruman KWSP (11%)
Simpanan Tabung Haji
Jumlah Tolakan
9,000.00
4,000.00
6,000.00
2,000.00
22,000.00
5,000.00
48,000.00
C Pendapatan bersih layak zakat (A-B) 152,000.00
D Jumlah Zakat Pendapatan
1
2
(C x 2.5%)
(C x 2.577%)
3,800.00
3,917.04


KALKULATOR ZAKAT PENDAPATAN




Zakat Perniagaan


PENGERTIAN ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan sama ada melalui pemilikan persendirian (Trading / Enterprise), perkongsian, syarikat ataupun koperasi

DALIL PENSYARIATAN



Maksudnya:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

(QS al-Nur(24) : 37)


Sabda Rasulullah s.a.w


عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُنَا أَنْ نُخْرِجَ الصَّدَقَةَ مِنْ الَّذِي نُعِدُّ لِلْبَيْعِ

Maksudnya:

“Dari Samurah bin Jundab r.a: berkata: “Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan kami untuk mengeluarkan sedekah dari barang yang kami sediakan untuk perniagaan”

(HR Abu Daud)


Fatwa Negeri Sabah Mengenai Kewajipan Mengeluarkan Zakat Perniagaan ;

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2006 yang bersidang pada 27-28 Jun 2006 di Kota Kinabalu, Sabah bersetuju memutuskan bahawa ;
“Mana-mana syarikat sama ada milik kerajaan, swasta atau separuh kerajaan dan swasta yang beroperasi di negeri Sabah untuk tujuan perniagaan dan bukan untuk kepentingan umum, wajiblah membayar zakat di negeri ini seperti Petronas, Telekom dan seumpamanya.”


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-3, yang bersidang pada 9 Disember 1992 di Kuala Lumpur telah membincangkan tentang Hukum Zakat Ke Atas Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Syarikat perniagaan diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:

1.   Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam

2.  Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang merdeka

3.   Sempurna milik

4.   Cukup nisab

5.   Cukup haul (genap setahun qamariah atau 354.3 hari)

6.   Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5 %

7.  Syarikat yang dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki &oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi


SYARAT WAJIB

Kewajipan menunaikan zakat perniagaan sama ada oleh individu, syarikat mahupun koperasi tertakluk kepada beberapa syarat. Sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi maka menjadi suatu kewajipan untuk individu, syarikat dan koperasi melaksanakan zakat perniagaan. Syarat wajib yang ditetapkan untuk mengeluarkan zakat perniagaan adalah ;

1. Islam
Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam. Perniagaan yang mempunyai pemilikan modal yang bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, taksiran dibuat kepada entiti keseluruhannya tetapi hanya bahagian pemilikan orang Islam yang diwajibkan zakat.

2. Harta dan Perkhidmatan yang Halal
Harta-harta yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua harta yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan yang menjalankan aktiviti yang haram seperti perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat. Bagi entiti yang ada percampuran halal dan haram maka bahagian yang halal sahaja yang ditaksirkan zakatnya seperti perbankan dan koperasi.

3. Cukup Nisab
Nisab zakat perniagaan ialah sebanyak 20 mithqal (25.2259 mayam atau 85 gram emas). Ketetapan ini bersandarkan nilaian mata wang yang berasaskan emas, kadar zakatnya sebanyak 2.5% bagi tahun Hijri atau 2.577% bagi tahun Masihi setelah genap setahun (haul). Oleh itu, apabila nilai harta perniagaan bersamaan atau melebihi nisab, maka harta tersebut diwajibkan zakat. Perniagaan yang dijalankan secara perkongsian, nisab perniagaannya ditaksirkan terhadap jumlah keseluruhan nilai harta yang dimiliki oleh perkongsian atau syarikat tersebut. Bagi perkongsian yang melibatkan rakan kongsi bukan Muslim, zakat tetap ditaksirkan secara keseluruhan harta perkongsian tetapi setelah ditaksirkan nilai zakatnya, zakat hanya diwajibkan terhadap pemilik Muslim.

4. Cukup haul
Harta yang dizakatkan hendaklah dikira dari awal perniagaan sehingga genap tempoh satu tahun. Menurut Imam as-Shafie, asas penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul. Haul hanya disyaratkan terhadap harta tertentu seperti harta perniagaan, mata wang, emas, perak dan ternakan.

5. Harta yang Produktif (al-Nama’)
Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang boleh berkembang atau berpotensi untuk berkembang, iaitu berupaya untuk menjanakan pendapatan dan keuntungan.

6. Milik Sempurna
Harta yang diwajibkan zakat mestilah sempurna milik dari segi pemilikan fizikal (hiyazah) dan pemiliknya berkeupayaan mengurustadbir (tasarruf) harta seperti menjual, menghadiah, menyewa dan seumpamanya terhadap barangan tersebut.

7. Sumber Harta Perniagaan
Jumhur ulama mensyaratkan harta itu perlu diperolehi dengan cara tukaran seperti jual beli dan sewaan. Jika aset entiti perniagaan diperolehi dengan cara selain tukaran seperti melalui pusaka, hibah atau sedekah, maka ia tidak diwajibkan zakat sehingga barangan itu diniagakan.

8. Niat untuk Diniagakan
Tujuan atau niat perniagaan mestilah dilakukan ketika memiliki barangan sama ada melalui ‘iwad (tukaran atau balasan) atau cara lain dan aset tersebut akan menjadi sebahagian daripada aset yang dipunyai oleh perniagaan dengan tujuan diperniagakan untuk mendapatkan perolehan atau keuntungan. Sesuatu aset atau barangan yang pembeliannya tidak bertujuan perniagaan seperti untuk tabung khairat kematian, tujuan pendidikan dan sebagainya, harta tersebut tidak termasuk dalam pengiraan zakat.

Syarat berniaga ini terikat kepada kewujudan dua elemen, iaitu niat dan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.

9. Harta Perniagaan Tidak Digunakan untuk Kegunaan Sendiri
Jumhur ulama menyatakan bahawa apabila sesuatu harta perniagaan yang dimiliki untuk kegunaan sendiri, maka harta itu tidak tertakluk kepada zakat perniagaan tetapi akan dibuat taksiran zakat atas pendapatan individu.



KADAR ZAKAT PERNIAGAAN

Sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka kadar zakat yang wajib dikeluarkan bagi zakat perniagaan adalah sebanyak 2.577%. Penetapan kadar Zakat Perniagaan sebanyak 2.577% adalah kerana ;

    1. Secara lazimnya, tahun kewangan berakhir (tahun asas perakaunan) sesebuah syarikat atau koperasi adalah berdasarkan tahun Masihi.
    2. Sekiranya syarikat atau koperasi menggunakan tahun kewangan berakhir (tahun asas perakaunan) berdasarkan kalender Hijrah, maka kadar zakar perniagaan adalah 2.5%

KAEDAH PENGIRAAN

Secara umumnya terdapat tiga (3) kaedah pengiraaan zakat perniagaan :

1. Kaedah Modal Kerja (Working Capital)
Kaedah ini juga dikenali sebagai Model Syariyyah iaitu mengambil kira kedudukan aset semasa perniagaan, ditolak dengan liabiliti semasa perniagaan dan dibuat pelarasan atas beberapa item aset semasa dan tanggungan semasa. Pelarasan ini akan melibat mencampurkan semula “add back” ataupun penolakan “deduction” daripada item-item yang diselaraskan


[(Aset Semasa - Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.577%


Kaedah pengiraan ini sesuai digunakan oleh syarikat- syarikat seperti syarikat awam berhad, syarikat sendirian berhad, trading, enterprise dan sebagainya yang mana dapat mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa.


2. Modal Berkembang (Growth Capital)
Kaedah ini dikenali juga sebagai model Urfiyyah iaitu mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaian kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Secara mudahnya modal dicampurkan dengan keuntungan dalam penaksiran menggunakan kaedah ini.


[(Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/- Pelarasan] x
% Pemilikan Saham Muslim x 2.577%


Asas pengiraan ini kebiasaannya digunakan oleh institusi kewangan dan perbankan Islam, takaful dan syarikat berhad yang tidak mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa.


3. Untung / Rugi
Kaedah ini dikenali juga sebagai loss / profit iaitu dengan mengambilkira semua hasil atau perolehan dan ditolakkan dengan perbelanjaan atau kos-kos yang terlibat dalam menjalankan perniagaan tersebut.


Hasil / Perolehan / Untung – Belanja / Kos Perniagaan x 2.577%


Kaedah pengiraan ini sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.



Bagi tujuan pengiraan zakat perniagaan, beberapa pelarasan terhadap aset semasa dan liabiliti semasa perlu diambilkira sebelum jumlah zakat perniagaan dikira. Pelarasan ini melibatkan ;

Pelarasan Aset Semasa (ditolak daripada aset semasa) ;

    1. Barang-barang tidak wajib zakat hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram seperti riba, judi dan arak.
    2. Bukan milik sempurna seperti deposit sewa, air, telefon, elektrik dan lain-lain deposit.
    3. Penghutang kewangan.
    4. Nilai dividen yang telah dibayar zakat oleh syarikat yang dilabur.
    5. Harta semasa yang tidak produktif seperti hutang lapuk, stok lupus, susutnilai yang ketara dan kekal.
    6. Tabung-tabung yang bersifat kebajikan seperti tabung khairat dan pendidikan.
    7. Stok bahan mentah dan kerja dalam proses.

Pelarasan Liabiliti Semasa (dicampur kepada liabiliti semasa) ;

    1. Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu pinjaman kewangan (financial loans) dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
    2. Dividen yang dicadangkan (dividen payable)
    3. Overdraf.
    4. Pajakan kewangan / modal.


CONTOH PENGIRAAN

1. Kaedah 1 (Syarikat)
CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

Contoh Penyata Kewangan Syarikat DEF Sdn. Bhd.

Aset Tetap
Kenderaan 600,000
Perabot dan Kelengkapan 1,000,000
Bangunan 10,000,000
Jumlah Aset Tetap 11,600,000
Aset Separuh Tetap
Pelaburan dalam Syarikat Subsidiari 2,100,000
Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu 1,300,000
Pelaburan Saham Siarharga dan Tak Siarharga 600,000
Jumlah Aset Separuh Tetap 4,000,000
Aset Semasa
Stok 4,100,000
Penghutang Perniagaan dan Lain-lain Penghutang 1,000,000
Deposit Tetap 350,000
Wang Tunai di Bank dan di Tangan 100,000
Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah 250,000
Jumlah Aset Semasa 5,800,000
Tolak : Liabiliti Semasa
Pemiutang Perniagaan dan Lain-lain Pemiutang 2,000,000
Pinjaman Jangka Pendek 400,000
Cukai 2,000,000
Dividen Dicadangkan 500,000
Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah 500,000
Jumlah Liabiliti Semasa (5,400,000)
Dibiayai Oleh
Modal Saham Berbayar 5,000,000
Rezab / Keuntungan (Kerugian Terkumpul) 7,450,000
Dana Pemegang Saham 12,450,000
Pinjaman Jangka Panjang 3,550,000
Jumlah Ekuiti 16,000,000

Nota A
1. RM100,000 ‐ Stok bahan mentah dan barang separuh siap
2. Lain-lain Penghutang ‐ Deposit utiliti dan akaun prabayar berjumlah RM50,000
3. Sejumlah RM50,000 telah dicagarkan kepada bank
4. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap
5. Lain-lain pemiutang ‐ deposit diterima dan akaun terakru berjumlah RM50,000
6. Terdiri daripada overdraf bank
7. Cadangan dan peruntukan
8. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap


Pengiraan Zakat Perniagaan

A Modal Kerja
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]
RM5,800,000 – RM5,400,000

400,000
B Tolak : Pelarasan Aset Semasa
Stok Bahan Mentah dan Barang Separuh Siap
‐ Aset Bukan Niaga
100,000
Lain-lain Penghutang
-Tidak Sempurna Milik
50,000
Jumlah Pelarasan Aset Semasa (450,000)
C Campur : Pelarasan Liabliliti Semasa
Lain-lain pemiutang
-Sempurna Milik
50,000
Pinjaman Jangka Pendek (Overdraf)
-Sempurna Milik
400,000
Dividen Dicadangkan
‐Bersih Zakat Dahulu
500,000
Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah
‐Sempurna Milik
500,000
Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa 1,450,000
D Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C] 1,400,000
E Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh) 58%
F Jumlah Lebihan Aset Selepas Peratusan Saham Muslim
[D X E%]
812,000
G Jumlah Zakat Perniagaan
(F x 2.5%)
(F x 2.577%)

20,300.00
20,925.24


2. Kaedah 1 (Koperasi)
CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN (KOPERASI)

Contoh Penyata Kewangan Koperasi MNO. Bhd

Aset Tetap
Alatan dan Kelengkapan 3,450,000
Jumlah Aset Tetap 3,450,000
Aset Separuh Tetap
Pelaburan 1,000,000
Pinjaman Ahli 8,400,000
Jumlah Aset Separuh Tetap 9,400,000
Aset Semasa
Stok 1,855,000
Pelbagai Penghutang dan Pendahuluan 1,855,000
Simpanan Tetap 1,000,000
Wang Tunai di Bank dan di Tangan 500,000
Jumlah Aset Semasa 12,455,000
Tolak : Liabiliti Semasa
Pelbagai Pemiutang dan Terakru 305,000
Pemiutang Sewa Beli 1,000,000
Peruntukan Cukai 2,250,000
Peruntukan Zakat 250,000
Jumlah Liabiliti Semasa (3,805,000)
Dibiayai Oleh
Modal Yuran Anggota 13,000,000
Akaun Untung Rugi terkumpul 1,500,000
Kumpulan Wang Anggota 14,500,000
Kumpulan Wang Rizab Modal 2,500,000
Kumpulan Wang Rizab Menebus Syer 500,000
Kumpulan Wang Pelbagai 3,000,000
Ganjaran Persaraan 1,000,000

Nota B
1. Prabayar, deposit seperti utiliti, pertaruhan dan pinjaman ahli
2. Contoh:

    i. Peruntukan honorarium lembaga pengarah dicadangkan
    ii. Pertaruhan deposit dan pendahuluan
    iii. Pertaruhan wang bukan anggota

3. Pinjaman tahun semasa
4. Hanya peruntukan


Pengiraan Zakat Perniagaan Koperasi

A Modal Kerja
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]
RM12,455,000 – RM3,805,000

8,650,000
B Tolak : Pelarasan Aset Semasa
Pelbagai Penghutang dan Pendahuluan
- Tidak Sempurna Milik
9,100,000
Hasil Diterima (Simpanan Tetap)
‐ Hasil Tidak Syari’e
100,000
Jumlah Pelarasan Aset Semasa (9,200,000)
C Campur : Pelarasan Liabliliti Semasa
Pelbagai Pemiutang dan Terakru
-Sempurna Milik
305,000
Pemiutang Sewa Beli
-Sempurna Milik
1,000,000
Peruntukan Zakat 250,000
Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah
‐Sempurna Milik
500,000
Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa 1,555,000
D Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C] 1,005,000
E Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh) 100%
F Jumlah Lebihan Aset Selepas Peratusan Saham Muslim
[D X E%]
1,005,000
G Jumlah Zakat Perniagaan
(F x 2.5%)
(F x 2.577%)

25,125.00
25,898.85


3. Kaedah 3 (Untung / Rugi)

A Hasil / Perolehan (setahun) 200,000.00
B
1
2
Tolak (Kos)
Kos sewa dan sebagainya
Kos utiliti dan sebagainya
Jumlah Tolakan (B1 + B2)

5,000.00
5,000.00
10,000.00
C Perolehan bersih layak zakat(A-B) 190,000.00
D
1
2
Jumlah Zakat Perniagaan
(C x 2.5%)
(C x 2.577%)

4,750.00
4,896.30


KALKULATOR ZAKAT PERNIAGAAN






Zakat Simpanan


PENGERTIAN ZAKAT WANG SIMPANAN / KWSP / LTAT

Zakat wang simpanan merupakan zakat yang dikenakan ke atas wang yang disimpan sama ada dalam bentuk wang kertas, syiling atau yang setaraf dengan emas dan perak di mana ia memberi kuasa beli kepada penggunanya. Ia juga meliputi simpanan di dalam Simpanan Tetap, Simpanan Semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

Zakat Wang Simpanan KWSP (kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan LTAT Lembaga Tabung Angkatan Tentera) adalah wang simpanan milik individu yang disimpan sepanjang tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib zakat kecuali syarat ‘sempurna milik’. Syarat ‘sempurna milik’ akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan daripada KWSP dan LTAT

DALIL PENSYARIATAN



Maksudnya:

“.....dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah (zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

(QS al-Taubah (09) : 34 – 35)


Sabda Rasulullah s.a.w


لَيْسَ عَلَيْكَ شَيءٌ - يَعْنِي فِي الذَّهَبِ - حَتَّى تَكُونَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا، فَإِذَا كَانَتْ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا وَحَالَ عَلَيْهَا الحَوْلُ فَفِيْهَا نِصْفُ دِينَارٍ، فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ

Maksudnya:

“Tidak wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar dan cukup haul (setahun), maka wajiblah zakat padanya ½ dinar (2.5%) maka sekiranya lebih dari (20 dinar), hendaklah ia hisap (kira) mengikut lebihannya itu (2.5%) daripada keseluruhannya”

(HR Abu Daud)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran – Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


1. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama’; berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya

SYARAT WAJIB

Wang simpanan / KWSP / LTAT wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

2. Merdeka
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Pemilikan Sempurna
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta. Bagi KWSP dan LTAT, apabila pengeluaran dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan maka sempurna milik terhadap wang tersebut telah dicapai.

4. Simpanan Patuh Syariah
Simpanan dan dividen yang diperolehi mestilah patuh syariah ‘syariah compliance’. Hasil dividen dan faedah yang tidak patuh syariah ‘non syariah compliance’ dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan simpanan yang dizakatkan.

5. Cukup Nisab
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Apabila simpanan bersamaan atau melebihi nilai semasa 85gm emas maka simpanan tersebut dikenakan zakat.

6. Haul
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari / 366 hari (tahun lompat). Bagi wang yang diperolehi daripada caruman KWSP dan LTAT, Jumhur Ulama’; berpandangan bahawa zakat boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya



KADAR ZAKAT WANG SIMPANAN / KWSP / LTAT

Kadar zakat simpanan ditentukan mengikut tempoh haul atau pemilikan ;

    1. Tahun Masihi - 2.577%
    2. Tahun Hijrah - 2.5%


CONTOH PENGIRAAN

Pengiraan Zakat Simpanan untuk 1 Akaun Simpanan

TARIKH KELUAR (RM) KELUAR (RM) BAKI (RM)
01/01/XXXX - 20,000 20,000
23/04/XXXX 2,000 - 18,000
30/05/XXXX - 5,000 23,000
10/07/XXXX 3,000 - 20,000
12/08/XXXX 2,500 - 17,500*
11/11/XXXX - 2,000 19,750
21/12/XXXX - 1,000 20,750

*Baki terendah akaun di atas ialah RM 17,500.00, ia telah melebihi nisab dan genap setahun(diandaikan nisab pada tahun taksiran tersebut ialah RM 11,700.00). Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/XXXX – 31/12/XXXX


A Baki Terendah 17,500
B
1
2
Jumlah Zakat Simpanan
(A x 2.5%)
(A x 2.577%)

437.50
450.98

Pengiraan Zakat Simpanan untuk lebih 1 akaun

A Baki Terendah
Akaun 1
Akaun 2
Akaun 3

7,500.00
5,000.00
5,000.00
B Jumlah Baki Terkumpul 17,500.00
C
1
2
Jumlah Zakat Simpanan
(B x 2.5%)
(B x 2.577%)

437.50
450.98

Pengiraan Zakat Simpanan bagi ASB / ASB 2/ ASW 2020 / ASM / ASD / AS1M

A Baki Akhir Tahun modal
Pelaburan
Dividen

50,000.00
3,125.00
B Jumlah Pelaburan 53,125.00
C Jumlah Zakat Simpanan
(B x 2.5%)
(B x 2.577%)

1,328.13
1,369.03

Pengiraan Zakat Simpanan bagi simpanan atau deposit tetap

A Simpanan tetap
Dividen

100,000.00
3,000.00
B Jumlah Simpanan 103,000 .00
C Jumlah Zakat Simpanan
(B x 2.5%)
(B x 2.577%)

2,575.00
2,654.31

Pengiraan Zakat Simpanan bagi KWSP & LTAT

A Pengeluaran KWSP / LTAT 200,000.00
B Jumlah Zakat Simpanan
(A x 2.5%)
(A x 2.577%)

5,000.00
5,154.00


KALKULATOR ZAKAT SIMPANAN




Zakat Saham


PENGERTIAN ZAKAT SAHAM

Dr.Yussof Al-Qardhawi dalam bukunya fiqh al-zakah mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi khususnya bursa saham .

Saham adalah wang modal yang dilaburkan dalam perniagaan sesebuah syarikat dan seumpamanya. Perniagaan saham dilaksanakan berpandukan harga saham dalam pasaran semasa bukan atas nilai saham asal semasa belian. Oleh itu, zakat dikenakan pada kadar nilai saham tersebut. Ketika mengira pendapatan tahunan hendaklah dikira saham itu sebagai harta tetap yang boleh membawa keuntungan seperti geran, cagaran atau kilang-kilang perusahaan iaitu:

1. Saham merupakan wang yang diilaburkan dalam perniagaan. Pemilikan perniagaan terbukti melalui sijil-sijil saham atau saham dalam Central Depository System (CDS).

2. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, ia mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi.

3. Saham yang dibeli daripada wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak jumlah pinjaman sebelum mengira jumlah zakat.

DALIL PENSYARIATAN



Maksudnya:

“.....dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah (zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

(QS al-Taubah (09) : 34 – 35)


Sabda Rasulullah s.a.w


لَيْسَ عَلَيْكَ شَيءٌ - يَعْنِي فِي الذَّهَبِ - حَتَّى تَكُونَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا، فَإِذَا كَانَتْ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا وَحَالَ عَلَيْهَا الحَوْلُ فَفِيْهَا نِصْفُ دِينَارٍ، فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ

Maksudnya:

“Tidak wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar dan cukup haul (setahun), maka wajiblah zakat padanya ½ dinar (2.5%) maka sekiranya lebih dari (20 dinar), hendaklah ia hisap (kira) mengikut lebihannya itu (2.5%) daripada keseluruhannya”

(HR Abu Daud)


SYARAT WAJIB

Pendapatan atas saham wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

2. Merdeka
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Pemilikan Sempurna
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta. Bagi KWSP dan LTAT, apabila pengeluaran dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan maka sempurna milik terhadap wang tersebut telah dicapai.

4. Pelaburan yang Halal
Pelaburan saham mestilah diperolehi daripada kaunter saham yang patuh syariah ‘syariah compliance’. Hasil dividen dan faedah yang tidak patuh syariah ‘non syariah compliance’ dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan.

5. Cukup Nisab
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Apabila simpanan bersamaan atau melebihi nilai semasa 85gm emas maka simpanan tersebut dikenakan zakat.

6. Haul
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari / 366 hari (tahun lompat).



KADAR ZAKAT WANG SAHAM

Kadar zakat pendapsahamatan ditentukan mengikut tempoh haul atau pemilikan ;

    1. Tahun Masihi - 2.577%
    2. Tahun Hijrah - 2.5%




CONTOH PENGIRAAN

1. Saham yang diniagakan / dijualbeli

A Nilai Saham Semasa
(5,000 unit x RM3.00)
Baki Semasa Trust Account
Jumlah

15,000.00
3,000.00
18,000.00
B Tolakan Kos
Broker, Claering, GST (0.5%)

75.00
C Baki Bersih 17,925.00
D Jumlah Zakat Simpanan
(C x 2.5%)
(C x 2.577%)

448.13
461.93

2. Saham yang disimpan untuk menjana dividen

A Nilai Saham Semasa
(5,000 unit x RM3.00)
Baki Semasa Trust Account
Dividen
Jumlah

15,000.00
3,000.00
750.00
18,750.00
B Tolakan Kos
Broker, Claering, GST (0.5%)

75.00
C Baki Bersih 18,675.00
D Jumlah Zakat Simpanan
(C x 2.5%)
(C x 2.577%)

466.88
481.25

2. Saham yang disimpan untuk menjana dividen

A Nilai Saham ketika dijual
(8,000 unit x RM3.00)
(5,000 unit x RM4.00)
Baki Semasa Trust Account
Jumlah

24,000.00
20,000.00
6,000.00
50,000.00
B Tolakan Modal Pembelian
(8,000 unit x RM2.50)
(5,000 unit x RM3.00)
Jumlah Modal

20,000.00
15,000.00
35,000.00
C Baki Bersih 15,000.00
D Jumlah Zakat Simpanan
(C x 2.5%)
(C x 2.577%)

375.00
386.55


KALKULATOR ZAKAT SAHAM




Zakat Emas & Perak


PENGERTIAN ZAKAT EMAS & PERAK

Emas dan perak adalah hasil bumi yang memberi manfaat sama ada dalam bentuk asal atau siap diproses. Syariat mengharuskan emas dan perak digunakan dalam bentuk wang dan perhiasan.

Logam perak (silver) merupakan logam yang berharga dan berguna. Pada masa dahulu, perak telah digunakan sebagai alat tukaran (wang) dalam urusan jual beli. Masyarakat arab menggunakan logam perak (dirham) sebagai medium matawang utama disamping emas (dinar) dalam sistem ekonomi mereka.

Walaupun kegunaan perak pada zaman moden telah berubah berbanding zaman dahulu, namun fizikalnya yang masih kekal sebagai alat simpanan nilai dan simbol kekayaan seseorang. Justeru kewajipan syariat zakat ke atas perak kekal termaktub dan seharusnya ditunaikan oleh orang Islam apabila memenuhi syarat-syaratnya.

Zakat yang dikenakan ke atas emas dan perak termasuklah yang berbentuk :
1.  Syiling emas dan perak
2.  Jongkong emas dan perak
3.  Perkakasan dibuat daripada emas dan perak
4.  Barang perhiasan dibuat daripada emas dan perak
5.  Barang kemas emas, perak dan sebagainya



DALIL PENSYARIATAN




Maksudnya:

““.....dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah (zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”

(QS al-Taubah (09) : 34 – 35)


Sabda Rasulullah s.a.w


وَلاَ فِى أَقَلَّ مِنْ عِشْرِينَ مِثْقَالاً مِنَ الذَّهَبِ شَىْءٌ وَلاَ فِى أَقَلَّ مِنْ مِائَتَىْ دِرْهَمٍ شَىْءٌ

Maksudnya:

“Tidak ada zakat jika emas kurang dari 20 mitsqal dan tidak ada zakat jika kurang dari 200 dirham”

(HR al-Daruquthni)


Sabda Rasulullah s.a.w


لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسِ أَوَاقٍ صَدَقَةٌ

Maksudnya:

“Tidaklah ada kewajiban zakat pada wang perak yang kurang dari lima auqiyah”

(HR al-Bukhari)



SYARAT WAJIB

Emas dan perak wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

2. Merdeka
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Pemilikan Sempurna
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.

4. Sumber yang halal
Emas dan perak diperolehi melalui sumber yang halal dan sah disisi undang-undang.

5. Cukup Nisab
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat.

Bagi emas simpanan nisab yang ditetapakn adalah menyamai atau melebihi 85gm. Manakala bagi emas perhiasan atau emas yang dipakai, hanya berat emas yang melebihi uruf sahaja di kenakan zakat. Uruf adalah kebiasaan setempat pemakaian emas. Di Negeri Sabah, uruf bagi emas perhiasan adalah `152gm.

Manakala bagi perak pula, nisab perak adalah sebanyak 595gm

6. Haul
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari / 366 hari (tahun lompat).



KADAR ZAKAT EMAS

Kadar zakat pendapatan ditentukan mengikut tempoh haul atau pemilikan ;

    1. Tahun Masihi - 2.577%
    2. Tahun Hijrah - 2.5%


KAEDAH PENGIRAAN

1. Emas Perhiasan atau emas yang dipakai
Pengiraan zakat bagi emas perhiasaan tertakluk kepada lebihan uruf sahaja dan di darabkan dengan harga 1gm emas semasa dan didarabkan dengan kadar zakat

(Berat Emas – Uruf [152gm]) x Harga 1gm Emas Semasa x 2.5% atau 2.577%


2. Emas Simpanan
Pengiraan zakat bagi emas simpan adalah dengan mendarabkan berat emas yang melebihi nisab emas (85gm) dengan harga 1gm emas semasa dan didarabkan dengan kadar zakat

Berat emas x Harga 1gm Emas Semasa x 2.5% @ 2.577%


3. Perak
Pengiraan zakat bagi perak adalah dengan mendarabkan berat perak yang melebihi nisab perak (595gm) dengan harga 1gm perak semasa dan didarabkan dengan kadar zakat

Berat Perak x Harga 1gm Perak Semasa x 2.5% @ 2.577%



CONTOH PENGIRAAN

1. Emas Perhiasan

A Berat Emas Perhiasan ** Uruf Emas Perhiasan 152 gm 204 gm
B
1
2
Tolak
Uruf Emas Perhiasan
Batu Permata
Jumlah Tolakan (B1 + B2)

152 gm
2 gm
154 gm
C Berat Bersih Emas Kena Zakat(A-B) 50 gm
D Harga 1gm Emas Semasa (RM) 170.50
E
1
2
Jumlah Zakat Emas
(C x D x 2.5%)
(C x D x 2.577%)
213.13
219.69

2. Emas Simpanan

A Berat Emas Simpan ** Nisab Emas Simpan 85 gm 102 gm
B
1
Tolak
Batu Permata
Jumlah Tolakan

2 gm
2 gm
C Berat Bersih Emas Kena Zakat(A-B) 100 gm
D Harga 1gm Emas Semasa (RM) 170.50
E
1
2
Jumlah Zakat Emas
(C x D x 2.5%)
(C x D x 2.577%)

426.25
439.38

3. Perak

A Berat Perak ** Nisab Perak 595 gm 700 gm
B Harga 1gm Perak Semasa (RM) 2.95
C
1
2
Jumlah Zakat Perak
(A x B x 2.5%)
(A x B x 2.577%)

51.63
53.22


KALKULATOR ZAKAT EMAS & PERAK




Zakat Ternakan


PENGERTIAN ZAKAT TERNAKAN

Zakat Ternakan adalah zakat yang di kenakan ke atas binatang-binatang yang dipelihara atau yang diternak iaitu lembu, kerbau, kambing, biri-biri, kibas dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.



DALIL PENSYARIATAN


Sabda Rasulullah s.a.w


عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلَ قَالَ بَعَثَنِي رَسُولُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِلَى الْيَمَنِ وَأَمَرَنِي اَنْ أَخَذَ مِنَ الْبَقَرِ مِنْ كُلِّ أَرْبَعِينَ مُسِنَّةً وَمِنْ كُلِّ ثَلاَثِينَ تَبِيْعًا أَوْ تَبِيْعَةً

Maksudnya:

“Daripada Muaz Ibn Jabal, beliau berkata: “Baginda Rasulullah s.a.w telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor Musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapat 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu Tabi’ atau Tabi’ah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 1 tahun.”

(HR Ibn Majah)



Sabda Rasulullah s.a.w


فِي أَرْبَعِينَ شَاةً شَاةٌ

Maksudnya:

“Pada empat puluh ekor biri-biri dikenakan (zakat) seekor biri-biri”

(HR Ibn Majah)



SYARAT WAJIB

Ternakan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

2. Merdeka
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Pemilikan Sempurna
Binatang ternakan yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan dan keupayaan mengurus haiwan ternakan.

4. Cukup Nisab
Binatang ternakan yang diternak hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak binatang ternakan itu dikeluarkan zakat. Nisab bagi binatang ternakan adalah seperti berikut ;

    i. Unta          - 5 ekor
    ii. Lembu/kerbau      - 30 ekor
    iii. Kambing/Biri-biri/kibas - 40 ekor

5. Haul
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari / 366 hari (tahun lompat).

6. Digembalakan
Diurus sepanjang tahun untuk memperoleh susu, dibiakkan atau diperoleh dagingnya. Binatang-binatang ternakan juga perlu “saaimah” ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas bagi kebanyakan hari dalam tempoh setahun. Yang dimaksud padang rumput yang mubah adalah padang rumput yang tumbuh dengan sendirinya dan bukan dari hasil usaha manusia.

7. Tidak Dipekerjakan
Binatang ternakan yang digunakan untuk bekerja seperti membajak tanah ladang dan mengambil air untuk menyirami tanaman tidak ubah seperti alat-alat yang digunakan untuk mengerjakan tanah tersebut, dan hasilnya yang berupa tanaman dan buah-buahan lah yang sepatutnya wajib dikeluarkan zakatnya.



KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT TERNAKAN


1. Zakat Ternakan (Unta)

BILANGAN KADAR WAJIB ZAKAT
5 - 9 1 ekor kambing jantan berumur setahun
10 - 14 2 ekor kambing jantan berumur setahun
15 - 19 3 ekor kambing jantan berumur setahun
20 - 24 4 ekor kambing jantan berumur setahun
25 - 35 1 ekor anak unta betina (berumur 1 tahun lebih)
36 - 45 1 ekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)
46 - 60 1 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih)
61 - 75 1 ekor anak unta betina (berumur 4 tahun lebih)
76 - 90 2 ekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)
91 - 120 2 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih)

Ada pun lebih daripada 120 ekor, maka ulama bersepakat menetapkan seperti berikut:

BILANGAN KADAR WAJIB ZAKAT
121 – 129 3 ekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)
130 – 139 1 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih) ditambah 2 ekor anak unta betina
(berumur 2½)
140 – 149 2 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih) ditambah 1 ekor anak unta betina
(berumur 2½)
150 – 159 3 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih)
160 – 169 4 ekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)
170 – 179 3 ekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih) ditambah 1 ekor anak unta betina
(berumur 3½)
180 – 189 2 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih) ditambah 2 ekor anak unta betina
(berumur 2½)
190 – 199 3 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih) ditambah 1 ekor anak unta betina
(berumur 2½)
200 - 209 4 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih) ditambah 5 ekor anak unta betina
(berumur 2½)


2. Zakat Ternakan (Lembu/Kerbau)

KADAR NISAB KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur
30 – 39 1 ekor Jantan 1 tahun lebih
40 – 49 1 ekor Betina 2 tahun lebih
60 – 69 2 ekor Jantan 1 tahun lebih
70 – 79 1 ekor & 1 ekor Jantan & Betina 1 tahun lebih & 2 tahun lebih
80 – 89 2 ekor Betina 2 tahun lebih
90 – 99 3 ekor Jantan 1 tahun lebih
100 – 109 2 ekor & 1 ekor Jantan & Betina 1 tahun lebih & 2 tahun lebih
110 – 119 2 ekor Jantan 1 tahun lebih
120 ke atas 3 ekor atau4 ekor Betina @ Jantan 2 tahun lebih & 1 tahun lebih

1.  Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

2.  Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemeliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.



2. Zakat Ternakan (Lembu/Kerbau)

KADAR NISAB KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur
40 – 120 1 ekor kambing biri-biri
atau 1 ekor kambing
Jantan/Betina
Jantan/Betina
1 tahun
2 tahun
121 – 200 2 ekor kambing biri-biri
atau 2 ekor kambing
Jantan/Betina
Jantan/Betina
1 tahun
201 – 399 3 ekor kambing biri-biri
atau 3 ekor kambing
Jantan/Betina
Jantan/Betina
1 tahun
2 tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor 1 ekor kambing biri-biri
atau 1 ekor kambing
Jantan/Betina
Jantan/Betina
2 tahun

1.  Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.

2.  Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.

3.  Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri



KALKULATOR ZAKAT TERNAKAN




Zakat Pertanian (Padi)


PENGERTIAN ZAKAT PERTANIAN (PADI)

Zakat pertanian ialah satu zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya. Contohnya, bagi penduduk di Malaysia, makanan asasinya adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Maka zakat pertanian yang sesuai dikeluarkan bagi negara Malaysia adalah zakat padi.



DALIL PENSYARIATAN

Firman Allah s.w.t



Maksudnya:

“Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar, dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya, dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya), makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya, dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”

(QS al-An’am (06) : 141)


Sabda Rasulullah s.a.w


لَيْسَ فِيْ حَبٍّ وَلاَ ثَمَرٍ صَدَقَةٌ حَتَّى يَبْلُغَ خَمْسَةَ أَوْسُقٍ...

Maksudnya:

“Tidak ada (kewajiban) zakat pada biji-bijian dan buah kurma hingga mencapai 5 ausuq (lima wasaq.)”

(HR Muslim)



SYARAT WAJIB

Hasil Padi wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

2. Merdeka
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Pemilikan Sempurna
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta. Bagi pengusaha padi yang menyewa bendang, maka kadar sewaan bendang msetilah ditolak semasa pengiraan zakat dilakukan.

4. Cukup Nisab
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Nisab bagi zakat padi adalah 363 gantang yang bersamaan 980.1 kg

5. Haul
Tiada tempoh haul bagi zakat padi. Iaitu apabila telah dituai hasil padi berkenaan, zakat perlu dikeluarkan sekiranya mencukupi nisab zakat padi

6. Hasil
Zakat Pertanian hanya dikenakan ke atas hasil pertanian yang menyengangkan dan boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Contohnya kurma, bijirin dan padi.



KADAR ZAKAT PERTANIAN

Terdapat 3 kadar bagi Zakat pertanian iaitu ;

1. Kadar 1 (5%)
Kadar 5% dikenakan ke atas hasil pertanian atau perusahaan yang perlu menangung kos atau bersusah payah sendiri pada setiap musim

2. Kadar 2 (10%)
Kadar 10% pula dikenakan ke atas pertanian atau perusahaan yang hanya menggunakan air hujan, sungai, parit yang tersedia tanpa perlu dusahakan untuk mengairi tapak pertanian pada setiap masa atau musim

3. Kadar 3 (7.5%)
Kadar 7.5% dikenakan ke atas pertanian atau perusahaan yng menggunakan kedua-dua kaedah iaitu mengusaha tapak dengan air yang mengalir tanpa bersusah payah tetapi terpaksa menanggung kos lain seperti baja, racun dan sebagainya


Contoh Pengiraan

A Berat Hasil Tuaian Padi
** Nisab Padi 980.1 kg
Harga Jualan padi (RM/kg)
Jumlah Jualan Padi (RM)

1,800 kg
1.20
2,160.00
B
1
2
Tolak
Baja & Racun
Upah pekerja
Jumlah Tolakan (B1 + B2)

500.00
800.00
1,300.00
C Hasil Bersih Selepas Tolakan(A-B) 860.00
D
1
Jumlah Zakat Padi
(C x 10%)

86.00


KALKULATOR ZAKAT PERTANIAN