MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2017 ANJUNG PENDIDIKAN ASNAF CAWANGAN TAWAU BZF(MUIS)


02April2018, Isnin - Sekitar jam 1.50 tgh hari Anjung Pendidikan Asnaf Tawau bertempat di Wisma Taipan Jalan Kuhara menyambut ketibaan Tn. Ustaz Mohd Zaratkhan Hj. Abdul Rahman Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) diiringi oleh Ustaz Abdul Manan Ahmad Hafid dan rombongan pegawai bertugas yang lain.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi AnPA Tn Hj Ahmat Siong, Penyelia dan Tenaga Pengajar AnPA. Seramai 6 orang pelajar dipilih berdasarkan keputusan SPM. Pelajar tersebut hadir bersama ibubapa mereka yang turut meraikan kejayaan anak anak mereka. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengerusi dan ucapan perasmian. Kesemua pelajar menerima cenderahati dan wang sumbangan AnPA BZF.


Berikut adalah senarai pelajar yang menerima anugerah cemerlang :

PERAKAUNAN
1) Nur Fatihah Sainudin - 8A

SAINS SUKAN
2) Nur Amirah binti Ahmad - 6A

SAINS TULEN
3) Nur Haslina binti Lahamudin - 6A
4) Nurul Fadhilah Khan - 5A
5) Siti Aisha binti Ab Karil - 5A
6) Nurul Afiqah Athirah Mohammad Roli - 4A